Fungsi Umum Seksyen

Memastikan peningkatan kualiti sumber insan KUIS melalui perancangan latihan yang teliti serta berterusan berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta tertakluk kepada garis panduan semasa yang diwartakan oleh KUIS.

  Fungsi Khusus Seksyen
  Latihan dan Pembangunan

Bertanggungjawab menguruskan segala program latihan & pembangunan pegawai KUIS seperti program orientasi pegawai baharu, program pembinaan pasukan dan latihan yang bersesuaian melalui kalendar latihan tahunan yang dibentuk merangkumi keperluan latihan pegawai baharu dan pegawai semasa mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

  Kemudahan Cuti Belajar

Bertanggungjawab menguruskan kemudahan cuti belajar kepada pegawai KUIS yang layak merangkumi urusan kelulusan tempoh bercuti, perjanjian pengajian, laporan pengajian dan lain-lain perkara berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan berkaitan dan keperluan Kolej Universiti.