Fungsi Umum Seksyen

Memastikan segala butir-butir perkhidmatan pegawai seperti perjawatan, penggajian dan cuti dapat direkodkan dengan baik serta teratur selari dengan peraturan-peraturan yang diwartakan oleh pihak KUIS.

  Fungsi Khusus Seksyen
  Perjawatan

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir perkhidmatan pegawai seperti urusan kenaikan pangkat, urusan tanggung kerja, pemangkuan, pengambilan pegawai baharu, peletakan jawatan dan persaraan pegawai KUIS.

  Penggajian

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan emolumen seperti pergerakan gaji, bonus dan potongan-potongan wajib pegawai KUIS.

  Penilaian Prestasi

Bertanggungjawab menguruskan segala aspek berhubung penilaian prestasi merangkumi penilaian prestasi tahunan, penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat dan penilaian prestasi bagi tujuan yang berkaitan.

  Cuti

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan kemudahan cuti pegawai seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti haji dan lain-lain cuti seperti yang diwartakan oleh pihak KUIS.

  Permit

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan permit pegawai seperti permit mengajar, pas penggajian dan pas pegawai dagang.

  Tatatertib

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan tatatertib pegawai seperti kehadiran pegawai, disiplin dan pematuhan kepada peraturan-peraturan seperti yang diwartakan oleh pihak KUIS.