Soalan Lazim (FAQ)
  1. Bagaimanakah cara pendaftaran kursus pelajar lama dijalankan?
    Pendaftaran kursus dilakukan secara online di myLMS iaitu di  http://lms.kuis.edu.my/login.php.
  2. Bagaimanakah cara pendaftaran kursus jika saya adalah pelajar yang telah melebihi semester?
    Bagi pelajar yang telah melebihi semester dikehendaki mengisi Borang AKA 11 (Borang Pendaftaran Kursus) secara manual dengan mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan. Borang boleh diperolehi di Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik.
  3. Bolehkah pendaftaran kursus dilakukan jika masih ada hutang tertunggak?
    Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus jika mempunyai yuran tertungggak. Pelajar WAJIB menjelaskan yuran pengajian sebelum mendaftar kursus.
  4. Bolehkan pendaftaran kursus dilakukan jika tidak mendaftar Asrama?
    Pelajar akan dihalang daripada mendaftar kursus jika tidak mendaftar asrama terlebih dahulu.
  5. Adakah denda dikenakan jika mendaftar selepas tarikh pendaftaran kursus yang ditetapkan?
    Ya, denda akan dikenakan jika mendaftar selepas tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Pendaftaran lewat hanya dibenarkan pada minggu pertama perkuliahan.
  6. Bagaimana saya hendak memastikan status saya samada telah Daftar atau tidak?
    Pelajar perlu memastikan status adalah Register di bahagian Register Course di Portal Pelajar dan cetak Slip Pendaftaran Kursus setiap kali selepas mendaftar.
  7. Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mendaftar kursus pada tarikh yang ditetapkan?
    Pelajar yang tidak mendaftar kursus pada tarikh yang ditetapkan akan DITANGGUHKAN PENGAJIAN secara automatik kecuali pelajar bukan warganegara akan DIBERHENTIKAN.
  8. Bagaimanakah cara untuk membuat penambahan atau pengguguran kursus?
    Penambahan atau pengguguran kursus dilakukan secara online di myLMS di http://lms.kuis.edu.my/login.php. Bagi pelajar yang lompat semester atau melebihi semester perlu mengisi Borang AKA 16 secara manual.
  9. Berapakah tempoh masa untuk tambah kursus?
    Pelajar boleh menambah mana-mana kursus sehingga minggu kedua (2) perkuliahan setiap sesi pengajian.
  10. Berapakah tempoh masa untuk gugur kursus?
    Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus sehingga minggu ketiga (3) perkuliahan setiap sesi pengajian.
  11. Adakah denda dikenakan jika membuat penambahan atau pengguguran kursus lewat?
    Ya, denda akan dikenakan kepada pelajar yang lewat membuat proses penambahan atau pengguguran kursus.
  12. Berapakah denda yang dikenakan jika membuat penambahan kursus lewat?

    Caj

    Tempoh Denda / Bayaran Bermula

    RM50 /  Subjek

    Bermula Minggu 3 Kuliah
  13. Berapakah denda yang dikenakan jika membuat gugur kursus lewat?

    Nama Caj

    Jumlah Caj Tempoh Denda / Bayaran Bermula

    Denda Pertama Pengguguran Kursus Lewat

    RM50 /  Subjek Minggu 4 Hingga Minggu 7 Kuliah
    Denda Kedua Pengguguran Kursus Lewat Caj Yuran Penuh
    (Mengikut Kadar Caj Sesuatu Kursus)
    Bermula Minggu 8 Kuliah
  14. Berapa lamakah tempoh pertukaran program atau pertukaran semester boleh dilakukan?
    Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat (4) minggu bermula minggu pertama sesi perkuliahan.
  15. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki kursus yang belum disempurnakan?
    Pelajar boleh menyemak di dalam Portal pada bahagian Examination – myAcademic Progress.
  16. Bagaimanakah cara saya ingin mendapatkan surat pengesahan dan berapa lamakah tempoh surat disiapkan?
    Pelajar dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pengesahan Pelajar di Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA. Surat akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.