Kalam Ketua Bahagian

us salman

Assalamualaikum Warahamtullah,

Warga KUIS yang dirahmati Allah,

Junjungan tercinta, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alayhi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang melegakan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melegakan satu kesusahannya di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam kepayahan, nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat” (Hadis riwayat Imam Muslim)"

Bertitik tolak dari pemahaman hadis ini, Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS (BPM KUIS) berazam untuk memberikan khidmat terbaik bagi menyelesaikan masalah pelajar. Justeru, laman web ini diwujudkan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat yang lebih berkesan kepada pelajar bahkan juga kepada para ibu bapa. Segala program dan aktiviti pelajar, tarikh-tarikh penting badan-badan tajaan seperti PTPTN, MARA  dan lain-lain akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Akhir kalam, saya mewakili rakan-rakan pegawai dan staf BPM sekali lagi mengulangi komitmen kami untuk memberikan khidmat yang terbaik sedaya kemampuan kami kerana kami beranggapan pelajar-pelajar adalah amanah ibu bapa kepada KUIS. Mudah-mudahan jalinan keikhlasan antara pelajar dan pihak BPM akan menatijahkan keberkatan dalam setiap urusan yang dilakukan, insya Allah.

“BPM Mesra Selalu”

Salman bin Zainal Abidin
Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa