Fungsi Seksyen
  Unit Aktiviti

Menyemak kertas kerja program pelajar sebelum dibawa masuk ke mesyuarat Panel Aktiviti Mahasiswa untuk pertimbangan dan kelulusan.

Menjadi urusetia yang menyelaras Mesyuarat Panel Aktiviti Mahasiswa.

Membantu menyelaras aktiviti dan program pelajar termasuk berhubung dengan Pejabat Bendahari, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti, Bahagian Pengurusan Insan dan vendor-vendor.

Berhubung dengan pihak luar termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya berkaitan program-program melibatkan pelajar.

Menjadi urusetia program-program KUIS kendalian BPM berkaitan pelajar seperti :

Minggu Taaruf
Ekstival
Pilihanraya Kampus
Dan sebagainya.

Menguruskan peminjaman peralatan-peralatan program pelajar seperti peralatan muzik, vest, alat siaraya mudah alih dan sebagainya.

Merekod  dan mengemaskini Panel Aktiviti dalam sistem e-campus dan mengemaskini data berkaitan program-program pelajar yang dijalankan sepanjang tahun.

Menyedia dan mengemaskini buku panduan aktiviti pelajar dan manual seksyen dari semasa ke semasa.

  Unit Kokurikulum

Menyelaras segala aktiviti kokurikulum seperti proses pelantikan  tenaga pengajar dan jurulatih, proses pendaftaran kokurikulum pelajar, rekod pelajar, daftar kokurikulum, rekod pemarkahan kokurikulum berkredit atau tidak berkredit di dalam sistem e-campus.

Menyediakan, memantau dan menggubal silibus kokurikulum mengikut kehendak semasa dan memastikan jadual pelaksanaan kokurikulum dijalankan mengikut masa atau  tempoh yang ditetapkan.

Merekod data-data pemarkahan kokurikulum pelajar dan membuat proses semakan dan pembetulan markah.

Bertanggungjawab menguruskan penawaran dan pendaftaran kokurikulum pelajar serta penambahan /pengguguran (add/drop) subjek kokurikulum.

Bertanggungjawab memilih jurulatih dan penasihat akademik untuk kursus kokurikulum berkredit.

Menyediakan kelulusan bayaran untuk tenaga pengajar dan jurulatih kursus kokurikulum.

Menguruskan fasiliti yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.

Memantau, menilai dan melapor semua aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan pada setiap semester.

  Unit Sukan dan Rekreasi

Membantu menyelaras kejohanan sukan pelajar termasuk berhubung dengan :

Pejabat Bendahari
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti
Bahagian Pengurusan Insan
Dan vendor-vendor.

Menguruskan peminjaman peralatan-peralatan sukan kepada pelajar & kakitangan KUIS.

Membuat pelupusan bagi peralatan dan aset yang telah tamat tempoh serta rosak.

Memantau penyelenggaraan kemudahan dan peralatan sukan & rekreasi.

Bertanggungjawab memilih jurulatih sukan spesifik untuk kejohanan yang disertai pelajar KUIS.

Bertanggungjawab terhadap ‘Water Rescue Team’ KUIS.

Mengendali dan menguruskan rumah kayak KUIS.

Menyediakan anggota ‘Water Rescue Team’ untuk  sebarang aktiviti berkaitan sama ada untuk warga KUIS atau orang luar.

Membina rankaian sukan dengan organisasi dalaman dan luar KUIS seperti, Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, MAIS, JAIS, institusi-institusi pengajian tinggi swasta / awam serta organisasi-organisasi yang berkenaan.