Fungsi Umum Seksyen
  Rundingcara

Mewujudkan taraf kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar dan kakitangan.

Menyediakan tempat dan ruang kepada para pelajar dan kakitangan untuk cuba menangani segala permasalahan yang timbul.

Membantu kakitangan dan pelajar secara profesional agar mampu menyelesaikan masalah sendiri.

Menyediakan maklumat dan bimbingan kerjaya serta panduan masa depan kepada para pelajar (kenalpasti minat, pilihan dan pekerjaan/potensi menyambung pengajian).

Bekerjasama dengan semua Pihak (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan bukan kerajaan) dalam pembangunan Pelajar dari segi program dan bantuan-bantuan lain.

Menyediakan program-program Pembangunan Sahsiah fokus kepada semua pelajar KUIS (Program: Motivasi , Pelajar pointer rendah, Program-program Mentoring, Program Kerjaya dan lain-lain program).

  Alumni

Mewujudkan jalinan perhubungan sepanjang hayat antara alumni dan pihak KUIS (khidmat ummah, dana kewangan dan lain-lain).

Menyediakan program-program  fokus kepada semua Alumni KUIS (Program: Hi-Tea, AGM, dan lain-lain program).

Menjadi pemangkin kepada penyatuan dan penyusunan semua alumni KUIS.

Bertindak sebagai pusat pengantaraan / liaison kepada alumni KUIS.

Membuat pengesahan data dan maklumat graduan.

  Fungsi Khusus Seksyen
  Rundingcara

Menyediakan khidmat kaunseling (Individu / kelompok / bimbingan) dan rundingcara kepada kakitangan dan pelajar KUIS.

Menguruskan kursus-kursus yang berbentuk kemasyarakatan, kerjaya, motivasi pelajar dan sistem mentoring / Sistem Islah Diri yang diaplikasikan oleh semua fakulti pengajian.

Menyediakan program-program perkembangan Sahsiah pelajar dan perkembangan akademik pelajar.

  Alumni

Meningkatkan hubungan dan jaringan antara semua alumni KUIS dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.

Membentuk kerjasama di antara alumni KUIS dengan bakal graduan.

Memfokuskan sumbangan Alumni kepada KUIS.

Memastikan data setiap Alumni lengkap.