Fungsi Umum Seksyen

Meningkatkan pentadbiran penajaan dan kebajikan pelajar melalui perancangan dan pengurusan berkualiti.

Mengurangkan birokrasi pengurusan penajaan dan kebajikan pelajar.

Mempermudahkan dan mempelbagaikan sumber hebahan maklumat penajaan dan kebajikan.

Meningkatkan kesedaran dan membudayakan pelajar akan keperluan amalan budaya sihat.

Memastikan setiap pelajar mempunyai bantuan / dana kewangan yang mencukupi dan mengurangkan permasalahan kewangan / pinjaman pengajian untuk kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar dengan mempromosikan peluang-peluang pinjaman / tajaan / biasiswa yang disediakan oleh pihak penaja.

Mengeratkan jalinan penaja sedia ada.

Memastikan 80% pelajar baharu berdaftar mempunyai penaja.

  Fungsi Khusus Seksyen
  Penajaan

Menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa pelajar. Organisasi yang terlibat (aktif) ialah:

  Tabung Khas KUIS    Yayasan Tuanku Najihah 
PTPTN Yayasan Sabah
MARA Pusat Zakat Sabah
Lembaga Zakat Selangor (Anak Asnaf) Permodalan Nasional Berhad
Kumpulan Media Karangkraf Setiusaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
JAKIM Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
Jabatan Agama Islam Selangor (Mesir) Jabatan Perkhidmatan Awam (Sabah)
Yayasan Pahang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
PERKESO PENERAJU
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kementerian Pengajian Tinggi (OKU)
Majlis Agama Islam Selangor (Muallaf) Kementerian Pendidikan Malaysia (MyMaster)
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (SUK)    

Semakan dokumen permohonan pinjaman pelajaran/ biasiswa/ dermasiswa pelajar sebelum dihantar kepada penaja.

Mengesahkan dokumen-dokumen sokongan pelajar untuk mendapatkan pinjaman/ biasiswa.

Kemaskini pelajar yang mendapat tajaan di sistem e-campus.

Membuat semakan rekod tajaan pelajar untuk tujuan tuntutan yuran pengajian.

Membuat tuntutan yuran pengajian daripada pihak penaja pelajar melalui tuntutan inbois.

Kemaskini rekod bayaran daripada pihak penaja di sistem e-campus.

Membantu pelajar menguruskan proses rayuan atau kuiri daripada pihak penaja.

Menyediakan surat pengesahan tajaan pelajar (atas permintaan pelajar).

  Kebajikan
  Menguruskan Insuran Takaful untuk pelajar tempatan dan antarabangsa termasuk pendaftaran polisi dan tuntutan polisi (GMT, GTL & GPA).
  Menguruskan dana Tabung Infaq pelajar tempatan dan antarabangsa (dipohon oleh pelajar) untuk bantuan sara hidup atau pengecualian yuran pengajian.

Menyalurkan bantuan kepada pelajar untuk :

Sumbangan kecelakaan (kemalangan, kebakaran & kematian ibubapa).
Sumbangan khairat kematian pelajar KUIS.
Tabung kecemasan.

Menguruskan kad rawatan kesihatan (klinik panel) pelajar tempatan dan antarabangsa.

Menguruskan peralatan kecemasan (kotak pertolongan cemas, wheelchair dan stretcher).

Perkhidmatan penghantaran pelajar ke hospital, klinik kesihatan dan klinik panel (24 jam) untuk pelajar yang tinggal di mahallah.

Menguruskan jenazah pelajar yang meninggal dunia ketika berada di Kolej Universiti atau kawasan sekitar Bandar Seri Putra.

Pemantauan kes-kes penyakit berjangkit yang melibatkan pelajar KUIS seperti denggi, malaria, taun dan tibi.