Fungsi Umum Seksyen

 Menguruskan Sistem Tarbiah Pelajar (STP) dan Ta’dib.

Menganjurkan Program-Program Kerohanian Dan Tarbiah Pelajar.

Menguatkuasakan perlaksanaan peraturan disiplin pelajar.

Mengatur Perjalanan Program Bagi Setiap Aktiviti Sistem Tarbiyyah Pelajar.

  Fungsi Khusus Seksyen

Menyelia dan Menyelaraskan  Subjek Usrah,  Quran  Placement Test (Qpt), Dan Kursus Pembangunan Keluarga (KPK)  yang merupakan Subjek WAJIB  graduasi bagi pelajar semester 1, 2, 3, 4, dan 5 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Menyelia, memantau, menyelaraskan serta menjadi penasihat bagi Persatuan Ikatan Nuqaba’, KUIS. Melaksanakan latihan nuqaba’ khusus untuk memantapkan pengurusan para naqib dan naqibah bagi setiap kumpulan usrah pelajar.

Mengadakan kerjasama bersama masjid Al Azhar dan Akademi Islam di dalam pengendalian Hal Ehwal Usrah, QPT dan Kursus Pembangunan Keluarga.

Bekerjasama dengan seksyen disiplin, Seksyen Almuni dan rundingcara serta Marcom di dalam mengadakan progam-program berbentuk Ilmiah dan kerohanian.

Bekerjasama dengan Pusat Asasi di dalam merekod permarkahan usrah pelajar asasi semester 1, 2 dan 3.

Membantu menguruskan tindakan tatatertib mengikut peraturan dan tatatertib Tarbiyyah pelajar KUIS terhadap pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib.

Membantu menguruskan Borang Aku Janji Pelajar baru.

Membantu menyediakan laporan dan statististik tahunan kes salah laku pelajar.