Profil

Unit Komputer (UKOM) telah ditubuhkan pada 3 Ogos 1998 dan sekaligus mengambil alih tugas yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Insan).

Berkuatkuasa pada 14 Februari 2000, UKOM telah dinaik taraf kepada Pusat Perkhidmatan Komputer dan Multimedia (CMSC - Computer and Multimedia Service Center) manakala pada 11 Januari 2002, nama CMSC ditukar kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Kini jabatan ini telah dinaik taraf kepada Bahagian Teknologi Maklumat mulai tahun 2010, selari dengan perkembangan teknologi maklumat di KUIS. Telah beroperasi di bawah seliaan Pejabat Pendaftar sehingga 31 Mac 2014 dan kini diselia oleh Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan), BTM kini disokong oleh dua (2) seksyen iaitu :

Seksyen Pentadbiran & Sistem Maklumat

Seksyen Infrastruktur & Khidmat Pengguna
  Perkhidmatan yang disediakan

Sistem eKampus

: Modul Pelajar, Modul Kewangan dan Modul Pengurusan Sumber Manusia
Web Application : Online Application, Learning Management System, Portal Pegawai dan Portal Pelajar
Laman Web : www.kuis.edu.my