Piagam Pelanggan

Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk memberi khidmat ICT dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:

Memberi layanan mesra, bersopan dan sentiasa prihatin kepada masalah dan keperluan pengguna.

Menjamin peralatan ICT berfungsi secara berterusan dengan menangani aduan kerosakan komputer yang tidak melibatkan kos gantian dalam tempoh 3 hari bekerja.

Menyedia dan menyenggara system, web aplikasi dan e-mel mengikut spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.

Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.

Meningkatkan khidmat teknologi maklumat yang cekap, berkesan dan dinamik  berteraskan pembaharuan yang berkesan.

Kemudahan makmal komputer dan makmal bahasa sentiasa boleh digunakan mengikut masa operasi.

Mengamalkan sikap positif dan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.