Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Pada 12-15 November yang lalu, telah berlangsung Karnival Amal Islami (IPTIM) 2018 Peringkat ASEAN bertempat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Karnival ini adalah program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh sekretariat IPTIM dan tahun ini, MARSAH telah dipilih untuk mengelola dan menganjurkan karnival amal islami ini.

Karnival ini disertai oleh semua IPT Islam di seluruh Malaysia, pelajar Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan turut disertai oleh Universiti dari Indonesia.

Kontinjen KUIS selaku kontinjen pilihan telah menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu sebanyak 27 acara. Antara acara yang disertai oleh kontinjen KUIS adalah hafazan, berzanji, nasyid, khat, tilawah Al-Quran, debat dan pidato. Kontinjen KUIS dengan kekuatan seramai 51 orang telah melakar kejayaan yang amat memberangsangkan dalam karnival edisi kali ini. Berikut adalah rumusan ringkas keputusan keseluruhan karnival ini :

  • Tilawah Al-Quran (Lelaki) : Naib Johan | Tilawah Al-Quran (Perempuan) : Tempat Ketiga

  • Hafazan Juz 1-15 (Lelaki) : Naib Johan | Hafazan Juz 1-15 (Perempuan) : Tempat Ketiga

  • Hafazan Juz 1-30 (Lelaki) : Tempat Ketiga | Hafazan Juz 1-30 (Perempuan) : Naib Johan

  • Berzanji (Lelaki) : Tempat Ketiga | Berzanji (Perempuan) : Tempat Ketiga

  • Debat Bahasa Arab : Johan

  • Pidato Bahasa Melayu (Perempuan) : Tempat Ketiga

  • Khat (Lelaki) : Tempat Ketiga | Khat (Perempuan) : Tempat Ketiga

  • Nasyid (Lelaki) : Naib Johan | Nasyid (Perempuan) : Tempat Ketiga

Secara keseluruhan, kontinjen KUIS telah berjaya meraih tempat ke-4 daripada 12 IPT yang bertanding. Selain itu, kumpulan nasyid perempuan KUIS juga telah dianugerahkan sebagai vokal terbaik. Diharapkan dengan kejayaan sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen KUIS!

iptim 01iptim 02iptim 03iptim 04iptim 06iptim 07iptim 08iptim 09iptim 10iptim 11