Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Pada 23-25 November yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Futsal MASISWA 2018 bertempat di Sports Arena, UNITEN. Kejohanan ini adalah kejohanan tahunan yang dikelola oleh sekretariat MASISWA dan pada edisi kali ini, UNITEN telah dipilih sebagai penganjur kejohanan.

Kejohanan ini menghimpunkan semua IPTS di seluruh Malaysia dan pasukan futsal KUIS tidak terkecuali untuk menyertai semenjak kejohanan ini diperkenalkan.

Pasukan KUIS turun dengan status pasukan bukan pilihan kejohanan. Dengan semangat juang yang tinggi, pasukan KUIS berazam untuk bermain dan memperbaiki mutu dan kualiti permainan mereka berbanding dengan edisi yang lepas. Pasukan KUIS terdiri daripada 12 orang pemain.

Pasukan KUIS mengharungi laluan yang agak sukar pada peringkat kumpulan, namun mereka tetap berjaya melayakkan diri ke pusingan ke 2 setelah berjaya menewaskan ADMAL sebanyak 4-0 dan tewas ditangan pasukan pilihan, UNIKL UBIS dengan jurang mata yang kecil iaitu 2-1. KUIS bertemu dengan UNIKL MIAT pada pusingan kedua dan berjaya menewaskan mereka hasil penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat dengan jaringan 1-1. Hasil daripada itu, KUIS berjaya melayakkan diri ke pusingan ke 3 atau pusingan 16 pasukan terbaik.

Dukacitanya, pasukan KUIS tewas dengan jaringan tipis iaitu 1-0 dengan MSU. Meskipun begitu, keputusan ini adalah pencapaian yang terbaik pernah dilakar oleh pasukan futsal KUIS semenjak kejohanan ini dianjurkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan futsal KUIS kerana telah berjuang dengan sehabis baik. Diharapkan dengan semangat juang seperti ini dapat memberikan satu motivasi untuk berjuang pada edisi yang berikutnya.

futsal 01futsal 02futsal 03futsal 04futsal 05futsal 06