Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Pada Sabtu dan Ahad (21-22 Julai) yang lalu, KUIS telah menghantar kontinjen memanah seramai 3 orang atlet dan seorang pegawai pengiring dalam Kejohanan Musleh International Students Traditional Archery Championship 2018 (MISTEC18) anjuran MUSLEH dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kejohanan ini menghimpunkan pemanah-pemanah antarabangsa termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura. Kejohanan antarabangsa ini adalah julung kali dianjurkan oleh pihak MUSLEH.

Kaedah kejohanan ini dilangsungkan dengan mengikut sistem perkiraan markah terkumpul dalam kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 'Target Shooting' dan kategori 'Flash Shooting'. Kontinjen KUIS meraih satu pencapaian yang amat membanggakan. Tempat pertama atau juara berjaya dinobatkan kepada pelajar Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) iaitu Ahmad Zulqarnain Bin Murat. Beliau berjaya menjarakkan jurang mata yang besar antara peserta daripada Thailand dan Indonesia. Naib juara pula berjaya disandang oleh atlet KUIS iaitu Muhamad Najmuddin Bin Badron juga dari Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI). Sehubungan dengan itu, tempat ke 10 keseluruhan berjaya disumbangkan oleh Muhammad Fakhrul Hanif Bin Hashim daripada Fakulti Syariah & Undang-Undang.

Berikut adalah ranking 10 terbaik secara keseluruhan dalam kejohanan MISTAC18:-

1st- Malaysia (KUIS)

2nd- Malaysia (KUIS)

3rd- Malaysia (Insaniah)

4th- Malaysia (Darul Quran)

5th- Malaysia (SMKA Kerian)

6th- Malaysia (SMKA Kerian)

7th- Thailand (Universiti Fatoni)

8th- Thailand (Universiti Fatoni)

9th- Thailand (Universiti Fatoni)

10th- Malaysia (KUIS)

Semoga atlet-atlet memanah KUIS menjadikan kemenangan ini sebagai satu suntikan semangat untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi sejurus dapat melonjakkan nama KUIS di persada antarabangsa seperti kejohanan ini.

mistec18 01mistec18 02mistec18 03mistec18 04mistec18 05 mistec18 06