Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Pada 29 September 2018 yang lalu, Kelab Thalassaemia Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Noorhafiza binti Noorhamdan yang merupakan Presiden Kelab tersebut.

Seramai 40 orang ahli kelab yang juga pengidap Thalassaemia terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut serta dalam lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengidap Thalassaemia tentang kehidupan sebagai penuntut institusi pengajian tinggi dan memberikan pendedahan tentang peluang untuk menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi seperti KUIS.

Satu sesi ceramah motivasi bertajuk “Sabar dalam Menghadapi Ujian Allah” telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad A’toa Bin Mokhtar, pensyarah Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian & Peradaban Islam KUIS turut diselitkan dalam lawatan ini sebagai satu suntikan motivasi dan semangat kepada para peserta dengan harapan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan berjaya mengurus tekanan untuk berjaya dalam kehidupan.

Pihak KUIS mendoakan para peserta lawatan ini akan sentiasa diberkati, dilindungi dan diberi kekuatan serta kesihatan oleh Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan yang akan datang.

tl 01tl 02tl 03tl 04