BERITA BAIK KHUSUS UNTUK LULUSAN DIPLOMA IPTA & IPTS MALAYSIA!

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) amat mengalu-alukan permohonan dari lulusan Diploma IPTA & IPTS seluruh Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) KUIS. Terdapat pelbagai bidang pengajian ISM yang sesuai untuk di pilih.

Semua lulusan Diploma dari IPTA dan IPTS Malaysia yang berjaya menyambung pengajian di peringkat ISM KUIS adalah LAYAK untuk memohon kemudahan PEMINDAHAN KREDIT.

Jumlah maksimum pemindahan kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah 30% daripada jumlah keseluruhan jam kredit bagi sesuatu program akademik (Bagi lulusan Diploma KUIS, jumlahnya ialah 40%) .

Sebagai contoh, bagi program ISM yang mempunyai jumlah keseluruhan jam kredit 120 unit (bersamaan dengan 7 atau 8 semester pengajian), pemindahan kredit kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah sebanyak 36 unit (bersamaan dengan 2 semester pengajian). (48 unit bagi lulusan Diploma KUIS).

Ini bermakna, pelajar telah berjaya mengurangkan tempoh pengajian dan menjimatkan  perbelanjaan (yuran pengajian, yuran asrama, kos sara hidup) yang perlu disediakan.

Jadi... jangan tunggu lagi! Permohonan kemasukan pelajar baharu boleh dibuat secara online di http://onlineapp2.kuis.edu.my

 

proses 2014
 

mais pws lzs mais-corp kuiscell mpp kpt akept kpt soaring upwards

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
address  Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA  address  2.891009, 101.788373  address  +603 8911 7000  address  +603 8926 8462
address  info@kuis.edu.my (umum) / admission@kuis.edu.my (kemasukan) / webmaster@kuis.edu.my (laman web)