Disediakan oleh :
Pejabat Timbalan Rektor
Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan)

BANDAR SERI PUTRA, 18 Januari 2019 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah melancarkan Pelan Strategik KUIS 2019-2023 bersempena dengan perhimpunan bulanan kakitangan bagi bulan Januari 2019. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan oleh Pejabat Rektor KUIS dengan kerjasama Urusetia Pelan Strategik KUIS 2019-2023.

Pelan Strategik KUIS 2019-2023 mula dibentangkan dalam Bengel Penyediaan Pelan Strategik KUIS 2019-2023 pada 3 Mei 2018 di Hotel Tenera Bangi dan seterusnya dan dimurnikan dalam beberapa bengkel yang lain dalam usaha memastikan apa yang dirancang dalam tempoh 5 tahun akan datang adalah selari dengan kehendak dan sasaran KUIS.

Pada perhimpunan bulanan tersebut sesi penyerahan mock cover buku Pelan Strategik KUIS 2019-2023 telah diserahkan kepada Rektor KUIS oleh Dr Zulkifli bin Hj Abd Hamid merangkap Pengerusi Pelan Strategik KUIS 2019-2023. Sebanyak 6 Objektif Strategik, 30 strategi dan 63 Key Performance Indicator (KPI) telah disasarkan oleh KUIS melalui percambahan idea daripada semua warga KUIS.
Selain itu persembahan montaj Pencapaian Pelan Strategik KUIS 2014-2018 turut dipersembahkan pada majlis tersebut.

Semoga dengan adanya Pelan Strategik KUIS 2019-2023 ini mampu menjadikan hala tuju KUIS sentiasa dipacu dan berada di landasan yang sepatutnya.

KUIS: Peneraju Tradisi Ilmu

Di sini lahirnya … Dai, Ulama dan Umara

strategik 01strategik 02strategik 4strategik 03