Disediakan oleh :
Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS

22 November 2018 -Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan Summit Hotel & Resorts (SHR) telah disaksikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia pada hari ini.

MoU KUIS telah diwakili oleh Rektor KUIS, Professor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan disaksikan oleh Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid. Manakala Summit Hotel & Resorts diwakili oleh Dato’ Abdul Rahman Harun dan disaksikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Yassin.

Mou ini dijalankan untuk meneruskan kerjasama antara KUIS dengan Summit Hotel & Resorts berkaitan perkongsian kepakaran dalam pengurusan hotel dan industri halal. Selain itu juga pihak Summit Hotel & Resorts telah bersetuju untuk memberikan potongan harga untuk KUIS bagi sewaan pakej seminar dan penginapan hotel di semua cawangan Summit Hotel & Resorts di seluruh Malaysia.

Selain itu pihak Summit Hotel & Resorts juga telah bersetuju untuk melaksanakan program-program usahasama wakaf dan zakat dengan pihak KUIS selain bidang-bidang berkaitan akademik dan penyelidikan.

Rektor KUIS turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada pihak Summit Hotel & Resorts kerana sudi memilih KUIS sebagai rakan kerjasama. Melalui kerjasama industri ini pelajar-pelajar KUIS boleh membuat latihan industri dan seterusnya diambil bekerja di semua rangkaian Summit Hotel & Resorts di Malaysia selain bertukar kepakaran.

Manakala Pengerusi Summit Hotel & Resorts Dato Abdul Rahman berkata “Summit Hotel & Resorts amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh KUIS dan turut berbangga kerana KUIS memberikan peluang kepada Summit Hotel & Resorts untuk menjalankan tanggungjawab dan kerjasama untuk membantu KUIS dan melaksanakan program-program wakaf dan zakat secara bersama selepas ini”.

Majlis turut dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah KUIS iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Mohd Amin Yahya, Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dato’ Azmi Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam MAIS, Prof. Datuk Dr Mujaini Tarimin dan Dato Harris Kassim Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor & barisan pengurusan KUIS, SHR serta Dekan dan Pengarah Fakulti KUIS.

mou kuis summit 01mou kuis summit 02mou kuis summit 03mou kuis summit 04mou kuis summit 05