Disediakan oleh :
Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan)

Nilai Spring, 5 April 2017 - Seramai 52 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang KUIS dirai di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 yang berlangsung di Nilai Spring Resort Hotel.

Anugerah telah disampaikan oleh kepada Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri.

Di dalam ucapannya beliau mengingatkan agar seluruh warga kerja KUIS sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh  semangat berpasukan, ketepikan perbezaan pandangan dan mencari persamaan, sentiasa menghormati ketua, menjaga hubungan sesama pekerja yang baharu mahupun yang lama, sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana segalanya perlu disandarkan kepada Allah dan bukan manusia.

“Aset terbaik organisasi bukanlah fasiliti atau wang akan tetapi manusia yang menjadi penggerak kepada sesuatu pekerjaan. Teruslah bermotivasi, bertanggungjawab dan berfikiran kreatif dan bukan menunggu arahan. Jangan peduli kata orang kerana kita berada setapak ke depan sekiranya kita berfikiran positif  akan membawa impak positif kepada kemajuan organisasi yang kita sayangi,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, turut disampaikan anugerah Khidmat Setia iaitu kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan anugerah Khidmat Emas kepada kakitangan yang berkhidmat selama 15 tahun di KUIS serta Hadiah Doktor Falsafah.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

apc 2016 01   apc 2016 02
apc 2016 03   apc 2016 04