Disediakan oleh :
Sharifah Nor Fatin, BPK

31 Julai 2019 – KUIS telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Md. Radzai Bin Said selaku Naib Canselor KUIM serta barisan tertinggi pengurusan KUIM.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk beramah mesra bersama YBhg. Prof Dato’ Dr. Halim Bin Tamuri, Rektor KUIS. Selain daripada itu, satu sesi perbincangan bersama pengurusan tertinggi KUIS telah diadakan dimana intipati perbincangan tersebut membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai kaedah pelaksanaan dan strategi pengurusan yang digunakan oleh barisan pengurusan tertinggi KUIS dalam mentadbir dan mengendalikan KUIS.

Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak KUIM berminat untuk menjalinkan hubungan kerjasama bersama KUIS dalam aspek pengurusan. Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa bahagian pentadbiran KUIS, Perpustakaan Imam Al-Syafi’i dan Mahkamah Moot.

Semoga hasil daripada kunjugan hormat ini, hubungan dua hala di antara KUIS dan KUIM akan terus berkekalan dan saling membantu dapat mencapai ke arah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia.

kuim 01kuim 02kuim 03kuim 04