Disediakan oleh :
En. Mohammad Ehsan Bin Ahmad Sokri

Bangi : Majlis Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlangsung pada 2hb Oktober 2020 di kampus induk KUIS, Bandar Seri Putra Bangi. Selama 25 tahun penubuhannya, KUIS mula bertapak di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jamaah (SAMTAJ), Seksyen 11 Shah Alam.

Di dalam majlis ini, kerajaan negeri telah menyumbang dana sebanyak RM502,500.00 bagi tujuan pembiayaan pakej data internet pelajar KUIS sebagai sokongan meghadapi pandemik covid-19, manakala Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masing-masing telah memberi sumbangan sebanyak RM1 juta bagi Dana Rangsangan Pendidikan. Jumlah keseluruhan yang diterima oleh KUIS adalah sebanyak RM2,502,500.00 (RM2.5 juta). Majlis telah berlangsung dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Bermula dengan program Diploma pada 15 Februari 1995, KUIS terus mengorak langkah dan mewujudkan persaingan yang sangat positif, sehingga mampu manawarkan program di peringkat Doktor Falsafah, setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain di Selangor dan di Malaysia. Ini dibuktikan dengan KUIS telah mencapai Tier-4 dalam Penilaian Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) di peringkat Kolej Universiti, menunjukkan kesungguhan KUIS menjadi peneraju tradisi ilmu.

Pada tahun 2016 KUIS telah menerima suntikan dana (soft loan) sebanyak 48,544,150 (RM48.5 juta) bagi tujuan pembangunan prasarana di kampus utama KUIS. Ini adalah tanda kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan pendidikan di dalam negeri Selangor khusunya terhadap pembangunan Pendidikan Islam. Dengan adanya suntikan dana ini, KUIS telah membina bangunan akademik yang baharu, di mana ianya telah siap dibangunkan sebanyak 72.2% (sehingga Ogos 2020). Bangunan ini dibina adalah berdasarkan pertambahan bilangan mahasiswa dan mahasiswi di KUIS yang mencapai sehingga lebih 9,000 ribu orang pada tahun 2018.

Semasa negara berhadapan dengan Pandemik Covid-19, institusi pengajian tinggi khususnya berhadapan dengan pelbagai cabaran, dan seharusnya KUIS juga perlu mengambil iktibar daripada keadaan ini. Komitmen KUIS dalam memperjuang dan memartabatkan pendidikan terbukti, dengan jumlah pendaftaran lebih 1,500 orang pada Sesi I 2020/2021 yang lalu.

Kerajaan Negeri memandang serius berkaitan usaha KUIS untuk dinaiktaraf sebagai sebuah Institusi yang berstatus “Universiti” penuh, dan juga perancangan jangka panjang KUIS untuk menjadi sebuah Universiti Wakaf yang pertama di Malaysia. Pihak kerajaan Negeri akan memantau dari semasa ke semasa keberhasilan usaha yang sedang dijalankan ini, yang mana ianya tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memperkasakan pendidikan, terutamanya pendidikan Islam di tahap yang tertinggi.

jp 01jp 02jp 03jp 04jp 05jp 03jp 07jp 08