Disediakan oleh :
Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli

Bangi - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima sumbangan Zakat sebanyak RM70K daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan RM30K daripada Etiqa General Takaful Berhad bersempena dengan program Hi-Tea Sahabat Zakat KUIS (SZK) yang telah diadakan pada 24 Julai 2019 di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi.

Program ini yang julung kali diadakan bagi meraikan Sahabat Zakat KUIS seramai 39 orang yang selama ini membantu meningkatkan kutipan zakat KUIS bermula dari tahun 2016-2018. Jumlah kutipan Zakat KUIS sepanjang ianya ditubuhkan adalah sebanyak RM 6,795,266.24 dan telah diagihkan kepada lebih 4,086 orang pelajar setiap semester yang mempunyai masalah kewangan.

Sesi penyerahan cek telah disampaikan oleh Tuan Zaharudin bin Daud, CEO Etiqa General Takaful Berhad dan diterima oleh wakil KUIS Profesor Dato’ Dr Ab Halim bin Tamuri selaku Rektor KUIS merangkap Penegrusi Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat KUIS.

Majlis Hi-Tea Sahabat Zakat KUIS ini juga diserikan dengan sesi taklimat Zakat KUIS oleh Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan), Dr. Zulkifli bin Haji Abd Hamid merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat KUIS dan penyampaian cenderahati kepada 11 orang Sahabat Zakat KUIS yang telah berjaya membawa penyumbang Zakat tertinggi di KUIS.

Semoga dengan usaha-usaha ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian sasaran Zakat KUIS setiap tahun dan mampu untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar KUIS yang memerlukan. Majlis turut dihadiri oleh pengurusan KUIS, Dekan-Dekan dan Pengarah Pusat.

zakat 01zakat 02zakat 03zakat 04