Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi

3 Mei 2019 – Seramai 28 orang guru kaunseling dari sekolah-sekolah di daerah Rompin, Johor Bahru telah berkunjung ke KUIS. Kunjungan akademik ini bertujuan untuk mendapatkan informasi mengenai program-program yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, peluang-peluang penajaan serta melihat suasana pembelajaran di KUIS.

Guru-guru kaunseling tersebut telah dibawa untuk melihat fasiliti yang disediakan seperti makmal komputer, mahkamah moot, perpustakaan dan kemudahan rekreasi.

Pihak KUIS menerima maklum balas positif dari guru-guru kaunseling di mana mereka akan mewar-warkan maklumat dan pengalaman kunjungan ke KUIS kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing. Kunjungan berakhir dengan sesi minum petang dan gambar kenangan bersama guru-guru kaunseling sebelum mereka berangkat pulang ke Rompin, Johor Bahru.

guru rompin 01guru rompin 02guru rompin 03guru rompin 04