Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Pada 18 September 2018, Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien (IDIA) Prenduan, Madura Indonesia telah mengadakan kunjungan akademik ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala yang telah sedia terjalin. Kunjungan ini diketuai oleh Dr. KH. Ahmad Fauzi Tidjani, Pengerusi Lembaga IDIA dan diraikan oleh Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa & Alumni KUIS, Dr Mohamad Syukri bin Abdul Rahman bersama wakil daripada Fakulti Syariah Undang-Undang & Fakulti Pendidikan KUIS.

Kerjasama antara KUIS dan Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien Prenduan telah terjalin sejak tahun 2016. Kunjungan pada kali ini untuk membincangkan peluang-peluang yang boleh dilaksanakan antara KUIS dan IDIA dalam usaha untuk memantapkan lagi kerjasama yang telah sedia terjali dan juga dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tarbiyatul Muallimim Al-Islamiyah Pondok Pesantren.

Semoga kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya khususnya yang melibatkan program akademik.

idia 01idia 02idia 03