Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi

26 Februari 2019 – KUIS telah menerima kunjungan daripada Universiti Fatoni, Thailand. Rombangan terdiri daripada 16 orang pelajar yang merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Univerisit Fatoni dan 4 orang pengiring yang merupakan pensyarah dan pegawai pemasaran Universiti Fatoni.

Objektif utama kunjungan adalah untuk mewujudkan jalinan hubungan diantara Majlis Perwakilan Pelajar Univerisiti Fatoni dengan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS. Kunjungan ini juga memberi ruang kepada kedua-dua Majlis Perwakilan Pelajar untuk bertukar-tukar pandangan dan idea perihal membentuk dan membangunkan personaliti kepimpinan dalam kalangan pelajar, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang membantu kebajikan pelajar serta program-program yang dapat menghidupkan suasana insittusi.

Pelajar turut. didedahkan dengan peluang menyambung pengajian di KUIS. Kunjungan diakhiri dengan lawatan sekitar kampus KUIS.

Semoga hasil lawatan ini dapat mengukuh dan mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua institusi pengajian.

fatoni 01fatoni 02fatoni 03fatoni 04fatoni 05