Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

KUALA LUMPUR : YBhg. Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) hari ini.

Dengan termeterainya memorandum ini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) akan mengadakan kerjasama dalam beberapa bidang, di antaranya adalah peluang dan kemudahan kepada tenaga pelajar, alumni serta pelajar KPBKL untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di KUIS seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. MoU ini juga melibatkan perkongsian fasiliti KUIS seperti penggunaan Perpustakaan Imam Al-Syafi'i, KUIS kepada staf dan pelajar KPBKL agar dapat menggunakan bahan rujukan di perpustakaan tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Dari segi akademik, antara kerjasama yang telah dipersetujui adalah seperti kolaborasi kepakaran pensyarah kedua institusi di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta kolaborasi dalam program pendidikan, bengkel dan program latihan di antara kedua-dua institusi.

Selesai majlis menandatangani MoU, YBhg. Puan Hajah Fuziah Salleh diiringi delegasi KUIS dan KPBKL untuk satu sesi fotografi dan majlis jamuan ringan.

kpbkl 01kpbkl 02kpbkl 03kpbkl 04kpbkl 05kpbkl 06kpbkl 07