Disediakan oleh :
Pejabat Timbalan Rektor
Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan)

BANDAR SERI PUTRA, 18 Januari 2019- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan Majlis Persaraan Yang Berbahagia Dato’ Bahtiar bin Hussin, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Puan Kasmawati binti Abdul Latif, Ketua Audit Dalam MAIS bersempena dengan perhimpunan bulanan kakitangan KUIS dan Majlis Pelancaran Pelan Strategik KUIS 2019-2023.

Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan Setiausaha MAIS dan Ketua Audit Dalam MAIS yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada KUIS untuk terus maju dan berkembang maju. Dalam ucapannya Dato’ Bahtiar berkata “Staf KUIS perlu memastikan KUIS terus maju ke hadapan dan mengingatkan bahawa staf adalah aset kepada organisasi dan bukannya liabiliti”.

“Saya doakan semoga KUIS terus maju dan berjaya menjadi sebuah Universiti Penuh dan Universiti Wakaf dan menjadi contoh kepada institusi pendidikan yang lain. KUIS telah melangkah jauh ke hadapan dan teruskan usaha ini dan semoga KUIS semakin maju jaya”.

Manakala Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri pula turut mewakili KUIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mantan SU MAIS dan Ketua Audit Dalam MAIS yang selama ini sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada KUIS untuk terus mengharungi mehnah dan cabaran yang datang.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati daripada Rektor KUIS mewakili kakitangan pentadbiran dan akademik KUIS.
Semoga jasa-jasa pihak yang diraikan ini mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Taala.

su mais 01su mais 02su mais 03su mais 04