Disediakan oleh :
Sharifah Nor Fatin Binti Syed Ramli, BPK

KUIS – Pada 2 Julai 2019 telah berlangsungnya perhimpunan bulanan bersama kakitangan dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H peringkat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Pusat Konvensyen KUIS dengan bertemakan ‘Tradisional Melayu : Raya Pada Zaman Dahulu’. Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat daripada Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, Rektor Kolej Univerisiti Islam Antarbangsa Selangor (KUIS).

Majlis turut menyaksikan penyerahan 2 mock-cheque iaitu 20% keuntungan penganjuran seminar KUIS berjumlah RM 57,318.20 yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Perabadan Islam, Dr Md Noor Bin Hussin mewakili Fakulti dan Pusat KUIS kepada Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri. Penyerahan mock-cheque kedua merupakan 10% keuntungan penganjuran seminar berjumlah RM 28,659.31 disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Teras, Dr. Norfazila Binti Abd Hamid mewakili Fakulti dan Pusat KUIS kepada Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr. Zulkifli Bin Abd. Hamid mewakili Jawatankuasa Wakaf KUIS.

Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah jelajah bagi program “Jom Taksir dan Menang” yangtelah diadakan sepanjang bulan Mac sehingga April 2019 oleh Bahagian Wakaf, Zakat dan Infaq (BZWI). Rektor KUIS turut menyampaikan hadiah kepada 3 pemenang cabutan utama. Manakala 7 pemenang cabutan saguhati disampaikan oleh Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS.

Majlis turut diceriakan lagi dengan cabutan bertuah dan pertandingan video rakaman ucapan hari raya, nama menu paling unik, penampilan paling bergaya dan gerai paling kreatif.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi SUMMIT Hotel & Resort Dato Abd Rahman, barisan pengurusan KUIS dan jemputan-jemputan luar dan semua akademik dan pentadbiran KUIS.

raya 00raya 01raya 02raya 03raya 04