Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Pada 18 September 2018, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan sambil belajar dari Pusat Pendidikan Jamiyah (JEC), Singapura. Lawatan ini terdiri daripada 30 orang pelajar dari program Diploma Syariah Islamiyah (DSI) dan Diploma Tahfiz Wal Qiraat (DTQ) serta 3 orang pengiring JEC. Lawatan ini diketuai oleh Pengetua JEC iaitu Puan Rohana binti Ithnin.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih jelas tentang bidang pengajian yang ditawarkan oleh KUIS khususnya bidang Tahfiz Al-Quran dan Syariah dengan Undang-undang. Dekan Fakulti Syariah & Undang-undang KUIS, Dr Mohd Musa bin Sarip dan Timbalan Dekan Pembangunan Mahasiswa & Alumni, Us Muhamad Subari bin Ramli turut meraikan delegasi tersebut.

Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar JEC dalam melahirkan insan yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif. Selain itu, diharap lawatan ini turut dapat mendorong dan merangsang para pelajar agar lebih cemerlang di dalam bidang hafazan Al-Quran serta bidang Syariah dengan Undang-Undang.

jec 01jec 03jec 02