Disediakan oleh :
Bahagian Zakat, Wakaf & Infaq

BANDAR SERI PUTRA - Pada 22 Mac 2019 yang lalu bersempena dengan perhimpunan bulanan Rektor bersama kakitangan KUIS yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Azhar KUIS, turut berlangsung Pelancaran Tabung Mini Wakaf Syiling khusus untuk warga KUIS. Pelancaran tabung ini telah disempurnakan oleh Rektor KUIS Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan turut serta Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, Dr Zulkifli Abd Hamid dan pengurusan KUIS.

Pada tahun 2016 KUIS telah melancarkan kempen Dana Wakaf KUIS manakala pada tahun 2017 pula Tabung Wakaf Syiling dilancarkan bagi menggalakkan warga KUIS dan komuniti sekitar Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota untuk sama-sama menyumbang dan meningkatkan jumlah kutipan wakaf KUIS. Pada tahun 2019 pula, inisiatif baru diambil dengan menyediakan tabung mini wakaf syiling khusus untuk warga KUIS yang berstatus tetap. Tabung mini wakaf syiling ini diberikan secara percuma kepada kakitangan yang layak adalah untuk menanam, memupuk dan menyuburkan semangat berwakaf dari sekecil-kecil nilai sehingga sebesar-besar nilai dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah kutipan wakaf KUIS dari masa ke semasa.

Sehingga Februari 2019 pengumpulan Dana Wakaf Ilmu KUIS telah mencecah RM 1,204,582.81. Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah hasil inisiatif Bahagian Zakat, Wakaf dan Infaq (BZWI) KUIS untuk melestarikan harapan dan cita-cita KUIS menjadi sebuah Universiti Wakaf tersohor pada masa akan datang. Justeru itu dengan pelancaran tersebut adalah diharapkan agar kakitangan KUIS khususnya mempunyai semangat untuk berwakaf melalui tabung mini yang diberikan selain turut sama mempromosikan Wakaf Ilmu KUIS kepada pihak luar.

Rektor KUIS turut mengharapkan agar semua warga KUIS akan terus berwakaf dan mempromosikan Wakaf Ilmu KUIS.

#JomwakafKUIS
#Jommasukkuis

tabung 01tabung 02tabung 03tabung 04