Disediakan oleh :
Bahagian Zakat, Wakaf dan Infaq (BZWI)

wakaf syiling

Bandar Seri Putra, 20 Jun 2017 – Bersempena dengan Majlis Iftar Perdana & Perhimpunan Bulanan KUIS yang diadakan di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlangsung Majlis Pelancaran Tabung Wakaf Syiling KUIS yang dirasmikan oleh Dato’ Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri.

Turut serta melancarkan tabung tersebut adalah Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wakaf KUIS iaitu Dr Mokmin bin Basri, Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa & Alumni iaitu Dr Mohamad Syukri bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Akademik KUIS (PKA KUIS) dan juga wakil Persatuan Kakitangan Pentadbiran KUIS (PERKIS).

Pelancaran Tabung Wakaf Syiling ini diadakan atas inisiatif Jawatankuasa Wakaf KUIS yang diketuai Oleh Dr. Mokmin bin Basri dengan kerjasama Bahagian Zakat, Wakaf dan Infaq (BZWI). Dengan slogan “Ingat Syiling, Ingat Wakaf” yang bertujuan untuk menanam, memupuk dan menyuburkan semangat berwakaf dari sekecil-kecil nilai sehingga sebesar nilai dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah kutipan wakaf dari semasa ke semasa. Pengumpulan Dana Wakaf Ilmu KUIS adalah untuk menjalankan program pembangunan di KUIS bagi membina infrastruktur baharu, membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Tabung ini akan ditempatkan di Masjid Al-Azhar KUIS bagi memberi peluang kepada semua warga KUIS yang ingin menyumbang syiling untuk tujuan wakaf. Pelancaran tabung ini juga bertujuan untuk mempromosikan Wakaf Ilmu KUIS kepada seluruh warga KUIS dalam usaha menuju gagasan sebuah Universiti Wakaf.

#JomBerwakaf
#IngatSyilingIngatWakaf

mais pws lzs mais-corp kuiscell mpp kpt akept kpt soaring upwards

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
address  Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA  address  2.891009, 101.788373  address  +603 8911 7000  address  +603 8926 8462
address  info@kuis.edu.my (umum) / admission@kuis.edu.my (kemasukan) / webmaster@kuis.edu.my (laman web)