KHAS UNTUK PEGAWAI AKADEMIK KUIS

Assalamualaikum wmt wbt.

Sahabat-sahabat pensyarah yang dirahmati Allah swt.

Apa khabar semua? Sebagaimana dalam tiga (3) email yang saya postkan sebelum ini, kita sedang mengalami satu kejutan budaya yang begitu besar dan sebenarnya bagi saya dugaan yang kita lalui ini cukup mencabar. Hari ini merupakan hari ke-7 kita dalam PKP atau MCO, saya memang sendiri mengakui mengalami satu kejutan budaya yang sangat berbeza.

Rutin kita berubah.......... tidak ada kelas dan tutorial, tidak boleh memberi kuliah, menyelia pelajar, berbincang dengan rakan-rakan, tiada wacana dan seminar, tiada gelak ketawa bersama teman, tiada lagi lepak di kafe dan berhenti menjalankan penyelidikan.

Kita kini berada dalam "satu dunia" yang berbeza selama seminggu sehinggalah 31/3/2020, atau mungkin juga tempoh MCO ini dilanjutkan ke satu tempoh yang lebih panjang demi untuk memutuskan rangkaian virus yang merbahaya ini.

Dalam kejutan budaya ini mari kita gunakan sebaiknya masa yang ada bersama dengan keluarga dengan memberikan nasihat kepada keluarga di samping mengisi masa dengan membaca al-Quran, buku-buku dan jurnal-jurnal dalam bidang kita.

Saya ingin menyarankan beberapa perkara yang boleh kita lakukan:

  1. Persediaan pengajaran dan pembelajaran: sahabat-sahabat boleh menyedia modul kursus berasaskan teknologi dan pembelajaran secara maya atau online. Ini adalah satu persediaan untuk kita melaksanakan pembelajaran online selepas ini. Kita perlu bersedia untuk melaksanakan pembelajaran secara online dan blended learning selepas ini.

  2. Bahan bantu pengajaran: Bahan bantu pengajaran yang sedia boleh dikemaskini dengan dapatan terbaru dan sesuai dengan perkembangan semasa. Sesuai dengan bahan bantu pengajaran yang perkembangan teknologi serta mesra dengan keperluan semasa pelajar-pelajar abad ke-21.

  3. Memahirkan diri dengan aplikasi terkini: saya menyarankan untuk kita meneroka aplikasi yang ada seperti Zoom, WhatsApp, Telegram, Skype dan Google Hangout Meet dan Google Classroom untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Rujuk juga email daripada Ts. Dr Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri, Dekan FSTM.

  4. Jurnal: Saya sarankan untuk sahabat-sahabat untuk menulis jurnal sekurang-kurang dua (2) artikel yang siap sedia untuk dihantar kepada mana-mana jurnal. Jika ada manuskrip yang telah siap, sila majukan kepada jurnal yang berkaitan dengan segera dan tambahkan jumlah penerbitan kita tahun ini. Gunakanlah hasil penyelidikan yang telah dan sedang dibuat untuk penulisan yang akan diterbitkan.

  5. Penyeliaan: Teruskan penyeliaan secara dalam talian khususnya bersama-sama pelajar tahun akhir, Master dan PhD. Jangan putus hubungan dengan mereka dan sentiasa berikan motivasi.

InsyaAllah kita akan lalui bersama ujian yang kita sedang lalui. Sentiasa positif dan terus bersemangat dalam mengharungi cabaran masa hadapan. Bagi saya, cabaran pasca COVID-19 PANDEMIC ini lebih kritikal dan perlu bersedia dalam apa juga keadaan. Kita teruskan munajat kepada Allah swt agar pandemik ini segera berakhir.

STAY AND WORK AT YOUR HOME

Ab. Halim Tamuri
Rektor KUIS
6.16 petang, 24 Mac 2020
Bandar Baru Bangi