PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN
DI DALAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

 

  1. Pengguna-pengguna jalanraya di dalam kampus adalah tertakluk kepada peraturan KUIS dan Akta Pengangkutan Jalan (1987).

  2. Setiap pemandu kenderaan yang masuk ke kampus hendaklah mempunyai pelekat kenderaan yang sah.

  3. Kebenaran memasuki kampus hanya diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah, pegawai, pelajar, agensi luar dan pelawat yang sah sahaja.

  4. Pelekat kenderaan ini hendaklah digunakan sepanjang masa untuk tujuan masuk ke KUIS.

  5. Pelekat kereta hendaklah dipamerkan di penjuru (kanan) atas cermin hadapan kenderaan dan bagi motosikal pula hendaklah dipamerkan di bahagian hadapan bagi memudahkan pelekat tersebut dapat dilihat.

  6. Pelekat-pelekat kenderaan ini tidak boleh dipindah milik atau dipalsukan, jika didapati bersalah stiker yang dirampas tidak akan dikembalikan.

  7. Had laju di dalam kampus tidak melebihi 35 km/j. Sila perlahankan kenderaan semasa melalui pintu utama ke KUIS.

  8. Pengguna-pengguna jalanraya diminta memberi kerjasama ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.

  9. Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat adalah dilarang masuk.

  10. Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di dalam kawasan kampus hendaklah dilaporkan ke Bahagian Keselamatan dan pihak berkuasa Kolej Universiti secepat mungkin.

  11. Kenderaan-kenderaan hendaklah diparkir di tempat yang dikhaskan sahaja atau di tempat yang diarahkan oleh pihak keselamatan.

  12. Kebenaran boleh ditarik balik oleh pihak keselamatan pada bila-bila masa jika arahan-arahan lalulintas di dalam kampus tidak dipatuhi.

 

Disediakan oleh:
MUHAMMAD SHUHAIMI BIN ALANG AZIDDIN
Bahagian Keselamatan
06.11.2019

Disemak dan disahkan oleh:
HASHIM BIN ABDUL GHAFFAR
Ketua Bahagian Keselamatan
06.11.2019