Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Pada Jumaat (31 Ogos) yang lalu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menghantar kontinjen untuk perbarisan dan perarakan bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 Peringkat Negeri Selangor 2018 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sambutan tahun ini menghimpunkan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Selangor sebanyak 60 penyertaan. 4 kategori dipertandingan iaitu kategori badan kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pancaragam sekolah. Kontinjen KUIS dengan kekuatan seramai 42 orang, tidak terlepas perluang untuk membuat persiapan rapi termasuk menghadiri sesi raptai selama 2 hari, 28 dan 29 Ogos. Sambutan ini dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari dan turut hadir, Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman (Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) pada hari tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen KUIS kerana memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan sambutan ini.

merdeka 61 01merdeka 61 02merdeka 61 03merdeka 61 04merdeka 61 05merdeka 61 06