Polisi Berhenti Pengajian

Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selepas lengkap mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian.

  Syarat-syarat Berhenti Pengajian

Permohonan berhenti pengajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Akademik.

Bayaran berhenti pengajian sebanyak RM100/jam kredit dan yuran penginapan akan dikenakan bermula minggu kedua (2) perkuliahan.

Pelajar boleh diberhentikan daripada Kolej Universiti apabila : :

berhenti tanpa membuat permohonan mengikut keperluan Bahagian 10, Perkara 10.1; atau

dikenakan hukuman tatatertib mengikut keperluan Bahagian 18, Perkara 18.4; atau

gagal hadir ke kuliah atau kelas bagi kursus yang didaftarkan melebihi 20% tanpa memaklumkan kepada  pensyarah yang mengajar; atau

pelajar yang melepasi tempoh maksimum pengajian mengikut keperluan Bahagian 7, Perkara 7.1; atau

pelajar yang memperolehi kurang daripada HPNG 2.00 pada mana-mana semester; atau

pelajar yang menangguh atau ditangguhkan pengajian melebihi had maksimum mengikut keperluan Bahagian 9, Perkara 9.1.3.

Permohonan Berhenti pengajian boleh dibuat dengan menggunakan Borang AKA 09 (Berhenti Pengajian) yang dikeluarkan oleh Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA.

Pelajar yang diberhentikan di bawah Perkara 10.2 (e) iaitu atas sebab prestasi akademik tidak mencapai tahap lulus, tidak dibenarkan memohon semula kecuali dengan kebenaran Dekan Fakulti.

Pelajar yang telah berhenti atau diberhentikan kecuali Perkara 10.2 (b), boleh memohon semula kemasukan tertakluk kepada kelulusan Kolej Universiti.