Polisi Penangguhan Pengajian

Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selepas lengkap mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian.

  Syarat-syarat Penangguhan Pengajian

Permohonan menangguhkan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum minggu peperiksaan akhir dijalankan.

Bayaran penangguhan pengajian sebanyak RM100/jam kredit dan yuran penginapan akan dikenakan bermula minggu kedua (2) perkuliahan.

Had maksimum permohonan penangguhan hanya tiga (3) sesi pengajian sahaja sepanjang tempoh program pengajian yang diikuti.

Permohonan penangguhan program boleh dibuat dengan menggunakan borang AKA 10 (Tangguh Pengajian) yang dikeluarkan oleh Seksyen Rekod, BPA.

Alasan penangguhan pengajian :

Pelajar yang sakit dalam tempoh yang lama boleh diberi penangguhan pengajian untuk sesi tertentu oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti berasaskan perakuan Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh Kolej Universiti.

Perakuan daripada ibu bapa atau penjaga atau majikan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu.

Pelajar yang menangguh pengajian hendaklah membuat pendaftaran semula pada sesi yang ditetapkan.