Polisi Pendaftaran Kursus

Pelajar mesti dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendaftar kursus yang diambil pada setiap semester secara online melalui MyLMS sebelum sesi pengajian bermula. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencetak dan memastikan ketepatan kursus yang didaftarkan pada slip pendaftaran kursus.

Sekiranya terdapat kesilapan, pelajar hendaklah melaporkan kepada Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA sebelum atau selewatnya pada minggu ketujuh (7) perkuliahan untuk pembetulan.

Bagi pelajar-pelajar yang lompat semester dan melebihi semester dikehendaki mengisi Borang AKA 11 (Borang Pendaftaran Kursus) secara manual dengan mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan. Borang boleh diperolehi di Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik.

Mana-mana kursus yang mengambil masa lebih daripada satu (1) semester untuk mendapat penilaian akhir juga perlu didaftarkan sebelum sesi pengajian bermula.

Kursus yang boleh didaftar hanyalah kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan sahaja.

Pelajar wajib mendaftar dan lulus kursus Sistem Tarbiyyah Pelajar (STP). Mana-mana pelajar yang belum melengkapkan kursus STP perlu melengkapkannya sebelum dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar perlu memenuhi keperluan mana-mana pra-syarat kursus sebelum dibenarkan mendaftar kursus berikutnya.

Semua pelajar dikehendaki mendaftar tidak kurang daripada 12 jam kredit termasuk kursus ulangan. Pendaftaran yang dibuat kurang daripada 12 jam kredit perlu mendapat kelulusan daripada Dekan.

Pelajar WAJIB menjelaskan yuran pengajian sebelum mendaftar kursus.

Semua pelajar dikehendaki mendaftar mengikut Struktur Program Pengajian akademik yang telah ditetapkan oleh Fakulti.

  Carta Aliran Proses Pendaftaran Kursus

SEMAK JADUAL PENDAFTARAN KURSUS

arrow blue
JELASKAN YURAN TERTUNGGAK
(Jika ada yuran tertunggak)
Tidak boleh lihat dan cetak keputusan
Tidak boleh mendaftar di asrama
Tidak boleh daftar kursus di panel pendaftaran kursus.
arrow blue
PENDAFTARAN ASRAMA SECARA ONLINE
 (Jika tidak membuat pendaftaran Asrama)
Tidak boleh daftar kursus di panel pendaftaran kursus.
arrow blue
PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE
 arrow blue
CETAK SLIP PENDAFTRAN KURSUS
arrow blue
PENYEMAKAN SENARAI KURSUS YANG TELAH DIDAFTARKAN
  Pendaftaran Kursus Ulangan

Pelajar wajib menghadiri sebarang penilaian dan pembelajaran bagi Kursus Ulangan yang didaftarkan mengikut ketentuan bagi kursus tersebut.

Pelajar yang membuat pertukaran program dalam Fakulti yang sama dan kandungan kursus juga adalah sama, maka kursus yang gagal dalam program sebelumnya perlu diambil semula.

Pelajar yang membuat pertukaran program dalam Fakulti yang sama tetapi kandungan kursus yang berlainan, maka kursus yang gagal dalam program sebelumnya tidak perlu diambil tetapi mana-mana kursus dalam struktur program yang baru perlu diambil.

Petunjuk "REP" (Repeat) akan diberikan kepada kursus ulangan.

  Pendaftaran Kursus Lewat

Pelajar yang lewat mendaftar kursus akan dikenakan denda oleh pihak Kolej Universiti.

Pendaftaran kursus selepas minggu pertama (1) perkuliahan adalah tidak dibenarkan.

Pelajar yang tidak mendaftar seperti klausa 5.2.7.2 akan DITANGGUHKAN PENGAJIAN secara automatik kecuali pelajar bukan warganegara akan DIBERHENTIKAN.

  Tambah atau Gugur Kursus

Pengguguran atau penambahan kursus secara online boleh dibuat melalaui MyLMS bermula minggu pertama sesi perkuliahan bermula

Bagi pelajar-pelajar yang lompat semester dan melebihi semester dikehendaki mengisi Borang AKA 16 (Borang Permohonan Tambah/Gugur Kursus) secara manual dengan mendapatkan pengesahan Pensyarah dan kelulusan daripada Ketua Jabatan. Borang boleh diperolehi di Seksyen Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik.

Pelajar boleh menambah mana-mana kursus sehingga minggu kedua (2) perkuliahan setiap sesi pengajian.

Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus sehingga minggu ketiga (3) perkuliahan setiap sesi pengajian.

Pengguguran atau penambahan kursus selepas tempoh yang telah ditetapkan, pelajar perlu mendapat kelulusan Dekan dan akan dikenakan denda.

Sebarang pembetulan pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu tambah atau gugur kursus.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat Penambahan selepas Minggu Ke-4 perkuliahan dan TIDAK DIBENARKAN membuat Pengguguran kursus selepas Minggu Ke-5 perkuliahan.

  Carta Aliran Proses Tambah / Gugur Kursus

SEMAK JADUAL TAMBAH / GUGUR KURSUS

arrow blue
TAMBAH KURSUS DI myLMS PELAJAR
arrow blue
GUGUR KURSUS DI myLMS PELAJAR
arrow blue
CETAK SLIP PENDAFTARAN KURSUS
 arrow blue
PENYEMAKAN TAMBAH / GUGUR KURSUS YANG TELAH DIBUAT