Polisi Pertukaran Program

Permohonan pertukaran program hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) melalui pengesahan dan kelulusan Fakulti asal dan Fakulti baharu yang dipohon dalam masa satu (1) bulan bermula Minggu pertama perkuliahan dibuka.

  Syarat-syarat Pertukaran Program

Pelajar hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Akademik melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti yang asal dan Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti yang dipohon jika melibatkan dua (2) fakulti yang berbeza, manakala pertukaran di antara jabatan di dalam Fakulti yang sama mestilah mendapat kelulusan daripada kedua-dua Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti.

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat (4) minggu bermula dari tarikh pendaftaran kursus pelajar.

Permohonan pertukaran program boleh dibuat dengan menggunakan Borang AKA 15 (Tukar Program) yang dikeluarkan oleh Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA.

Pelajar perlu memenuhi syarat kemasukan bagi program yang dipohon.

Pertukaran program hanya dibenarkan sehingga semester ketiga (3) program pengajian yang diikuti.

Pertukaran program hanya dibenarkan satu (1) kali sepanjang tempoh pengajian.

Pelajar boleh menukar kaedah pengajian dengan mendapat kelulusan daripada Dekan Fakulti berkenaan.