Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempunyai 12 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.
Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.
Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. KUIS mempunyai 12 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 2,340 orang siswa dan 4,164 orang siswi.
Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik oleh Pengetua Kolej Kediaman. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.
Senarai Kolej Kediaman |
Kolej Kediaman Siswa | Kolej Keidaman Siswi |
P1 |
Kolej Kediaman Abu Bakar |
P6 |
Kolej Kediaman Khadijah | |
P2 | Kolej Kediaman Uthman | P7 | Kolej Kediaman Aisyah | |
P3 | Kolej Kediaman Umar | P8 | Kolej Kediaman Asiah | |
P4 | Kolej Kediaman Ali | P9 | Kolej Kediaman Asma' | |
P5 | Kolej Kediaman Bilal | P10 | Kolej Kediaman Fatimah | |
Blok A | Kolej Kediaman Faruq | Blok G | Kolej Kediaman Hafsah | |
Blok B | Kolej Kediaman Hamzah | Blok H | Kolej Kediaman Safiyyah | |
Blok C | Kolej Kediaman Zubair | Blok I | Kolej Kediaman Maryam | |
Blok D | Kolej Kediaman Uqbah | |||
Blok E | Kolej Kediaman Salman | |||
Blok F | Kolej Kediaman Handzalah |
Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswa) | Kolej Kediaman untuk pelajar Diploma & Ijazah (Siswi) | |
![]() |
![]() |
Kolej Kediaman untuk pelajar Asasi |
![]() |