Profil

Pusat Zakat KUIS (PZK) merupakan salah satu pusat zakat IPT yang mula ditubuhkan pada April 2014 setelah Kolej Universiti Islam Anatarabangsa Selangor (KUIS) menerima lantikan sebagai Penolong Amil IPT oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)-MAIS dan mula beroperasi pada Jun 2014.

KUIS merupakan IPT yang ke-8 yang menerima pelantikan sebagai Penolong Amil IPT selain dari UiTM, IIUM, UPM, UKM, UNITEN, MMU, UNITAR dan UNISEL.

Dengan berzakat di kaunter bayaran zakat PZK sekali gus dapat membantu pelajar-pelajar KUIS yang mengalami masalah kewangan. Hal ini demikian kerana hasil bayaran zakat di kaunter bayaran zakat PZK 50% daripadanya akan diagihkan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan KUIS yang asnaf. Antara asnaf yang layak menerima zakat ini adalah seperti berikut :

Asnaf Fakir

Asnaf Fisabilillah

Asnaf Miskin

Ansaf Ibnu sabil

Asnaf Muallaf

   

Manakala antara zakat yang kami terima ialah:

Zakat Pendapatan

Zakat Emas

Zakat Perniagaan

Zakat Perak

Zakat Simpanan

 

Zakat Harta

Zakat Saham

Qada Zakat

Zakat KWSP