Sistem Pengajian di KUIS
  Sistem Pengajian

Tahun Akademik Kolej Universiti dibahagikan kepada dua (2) sesi lazim iaitu :

Sesi I : 14 minggu perkuliahan : contoh : Sesi I 2014 / 2015
Sesi II : 14 minggu perkuliahan : contoh : Sesi II 2014 / 2015

Kolej Universiti juga mempunyai satu (1) sesi pendek yang dinamakan Sesi III. Sesi ini mengandungi tujuh (7) minggu perkuliahan. Sesi III tidak dikira sebagai semester pengajian bagi pelajar biasa tetapi dikira sebagai sesi lazim bagi pelajar Program Asasi dan Sarjana.

Perubahan tempoh perkuliahan dalam satu-satu sesi boleh dilakukan dengan kelulusan Senat Kolej Universiti.

  Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian maksimum yang dibenarkan :

Program Jenis Tempoh Minimum Tempoh Maksimum
Diploma Sepenuh Masa  - 10 Semester
Separuh Masa - 14 Semester
Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa - 12 Semester 
Separuh Masa - 16 Semester
Asasi Sepenuh Masa - 6 Semester 
 Sarjana (Kerja Kursus) Sepenuh Masa 2 Semester 6 Semester 
Separuh Masa 4 Semester 8 Semester
Sarjana (Penyelidikan) Sepenuh Masa 2 Semester 6 Semester 
Separuh Masa 4 Semester 8 Semester
Sarjana (Kerja Kursus & Penyelidikan) Sepenuh Masa 2 Semester 6 Semester 
Separuh Masa 4 Semester 8 Semester
Doktor Falsafah (Penyelidikan) Sepenuh Masa 4 Semester 12 Semester 
Separuh Masa 8 Semester 16 Semester
Doktor Falsafah (Kerja Kursus & Penyelidikan)  Sepenuh Masa 4 Semester 12 Semester 
Separuh Masa 8 Semester 16 Semester