Assalamualaikum wmt wbt

Apa khabar semua warga KUIS semua? Semoga kita semua terus bersemangat dalam melalui perintah Movement Control Order (MOC) . Hari ini merupakan hari ke-5 MOC dan pastikan anda terus kuat dan bersemangat bersama-sama keluarga di rumah . Sehingga jam 5.58 pm 22/3/2020 kes seluruh dunia adalah 308,615 kes dengan 13,071 kematian. Virus COVID-19 adalah sangat merbahaya kepada semua manusia dan usaha kita ialah STAY AT YOUR HOME

Isikan masa yang ada bersama keluarga sebaiknya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian di dalam rumah. Membaca al-Quran, membaca buku agama, bahan bahan ilmiah lain serta menonton rancangan TV yang bermanfaat disamping melayan media sosial yang bersesuaian antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan

Kita gunakan masa ini untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga yang tinggal bersama kita .

Semoga kita terus kuat dan bersemangat dalam melalui Movement Control Order (MOC). Banyak berdoa dan bermunajat pada Allah swt.

Terima kasih.

Ab. Halim Tamuri, Rektor KUIS
6.01 petang, 22 Mac 2020