Assalamualaikum wmt wbt dan Selamat Pagi semua kepada warga KUIS yang hormati.

Hari ini merupakan hari ke-7 kita berada dalam perintah Movement Control Order (MCO). Semoga terus kuat dan bersemangat dalam melalui ujian yang Allah swt berikan kepada kita semua dan seluruh dunia amnya. Jika merujuk kepada berita terkini di a-Jazeera, CNN, BBC, ABC, Skynews, perintah Movement Control Order (MCO) juga dilaksanakan di kebanyakan negara dan ratusan juta penduduk termasuk kita terlibat MCO atas satu tujuan iaitu satu usaha yang dilakukan untuk memutuskan rangkaian COVID-19. Kita berdoa agar usaha kita semua diberikan keberkatan oleh Allah swt.

Sehingga jam 9.27am 24/3/2020 terdapat 378,842 kes jangkitan COVID-19 dengan 16,510 kes kematian di seluruh dunia. WHO menyatakan virus merbahaya ini merebak dengan sangat cepat. maka STAY AT YOUR HOME

Kita memang sedang melalui cara hidup yang berbeza sejak Rabu minggu lepas. Jika setiap pagi kita sibuk menghantar anak ke taska, tadika dan sekolah, telah tujuh hari kita melalui mode of life yang berbeza.

Kita perlu STAY AT HOME yang mana tidak dapat dinafikan ia satu perubahan budaya hidup yang mengejutkan kita semua kerana perlu berada di rumah sepanjang masa. Tidak boleh shopping, lepak ngeteh, Ngombe-ngombe, pergi ke pasar malam, ronda-ronda IOI malah untuk beriadah.

Restoran Arsad, Restoran Haji Tapah dan Restoran Taqwa yang menjadi pusat lepak dan ngeteh kini sepi, pasti anda semua merinduinya. Maka bersabarlah melalui perubahan gaya hidup yang memeranjatkan kita semua kerana ini untuk kebaikan kita semua STAY AT YOUR HOME.

Kuatkan semangat dan banyak bermunajat pada Allah swt. InsyaAllah kita akan lalui bersama dugaan ini dan berjaya menghadapinya. Bantu sahabat-sahabat kita dan pelajar-pelajar yang berada di kampus. Gerakkan program kebajikan dan bantu mereka yang dalam kesulitan. Pesan saya, jimatkan perbelanjaan dan sentiasa bersedia sebarang kemungkinan.

Terima kasih semua...... STAY AT YOUR HOME

Ab. Halim Tamuri,
9.42 pagi, 24 Mac 2020, Bandar Baru Bangi