Assalamualaikum wrt wbt dan Selamat Pagi kepada semua warga KUIS.

Apa khabar semua dan semoga kita terus bersemangat dan kuat dalam melalui tempoh Movement Control Order (MCO). Hari ini adalah hari ke-8 kita berada dalam Movement Control Order (MCO). Sehingga jam 9.51am 25/3/2020 jumlah jangkitan COVID-19 telah mencecah 422,613 kes dengan 18,891 kematian di seluruh dunia. Angka-angka ini semakin membimbangkan dan pihak WHO menjangka jumlah ini akan terus meningkat. STAY AT YOUR HOME.

Kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanakan Movement Control Order (MCO) seperti UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia dan yang terkini India mula menguatkuasakan Total Lockdown untuk 1.3 bilion rakyatnya. Kita pun sedang melalui tempoh ini dan secara langsung telah merubah budaya kehidupan seharian sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini.

Kita semua sangat menghargai barisan hadapan yang menangani ancaman COVID-19 iaitu semua pegawai dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, pegawai-pegawai PBT dan barisan sukarelawan yang menjaga keselamatan kita semua.

Pastinya kita berada dalam keadaan tertekan dengan suasana dan budaya kehidupan baru yang kita lalui, tetapi apa kita lalui ini adalah kecil berbanding dengan tekanan dan cabaran dihadapi oleh pihak barisan hadapan dalam menangani COVID-19. Kita juga doakan agar kakitangan KUIS yang sedang bertugas pada masa ini diberikan kekuatan dan semangat untuk menjaga KUIS dan juga pelajar-pelajar yang masih berada di kampus.

Semasa tempoh Movement Control Order (MCO), manfaatkan masa yang ada dengan beberapa perkara antaranya:

  1. Merapat hubungan ahli keluarga yang mungkin selama ini agak kurang diberikan tumpuan disebabkan kesibukan bertugas masing-masing.

  2. Mendidik anak-anak dengan meningkat kualiti bacaan al-Quran (Buat jadual dan tempoh yang perlu dicapai).

  3. Membaca buku-buku agama dan ilmiah samada secara online atau buku fizikal (letakkan target).

  4. Melayan media sosial yang memberi manfaat kepada diri dan keluarga.

  5. Berkongsi pengalaman yang positif anda dan berikan motivasi dalam FB atau Instagram atau Twitter dan sebagainya.

Maka, ayuh teruskan kehidupan harian anda dengan penuh semangat dan positif.

STAY AT YOUR HOME

Ab. Halim Tamuri
Rektor KUIS
9.57 pagi,  25 Mac 2020
Bandar Baru Bangi