Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Pagi kepada semua sahabat-sahabat warga KUIS yang sentiasa dirahmati Allah swt.

Hari ini merupakan yang ke-10 kita berada dalam Movement Control Order (MCO) dan semoga kita terus bersemangat dalam melalui tempoh ini. Kesabaran dan semangat yang tinggi menjadi kekuatan kepada kita semua. Tidak dinafikan keadaan ini kadang kala memberikan kita tekanan dan cabaran emosi kepada kita semua kerana berada dalam keadaan sangat berbeza dari kebiasaannya.

Gunakanlah masa ini untuk kita memperkukuhkan keutuhan dan kerukunan keluarga kita semua. Hargai dan manfaatkan masa bersama keluarga dan anak-anak untuk membina keluarga yang bahagia, Kenali anak-anak kita dengan lebih mendalam kerana ruang masa ini adalah yang terbaik. Binalah Baiti Jannati. Susunlah masa yang ada untuk digunakan sebaik, dan mungkin jika perlu pengubahsuaian sunanan perabut dirumah kitan boleh dilakukan secara minimal tanpa melibatkan sebarang kos bagi penyesuaian keperluan semasa anak-anak kita.

Dalam tempoh Movement Control Order (MCO) ini, kita perlu menyelesaikan semua tugas-tugas harian pejabat seperti biasa di rumah agar apabila kita kembali bertugas nanti segala kerja-kerja tersebut telah disempurnakan sebaiknya.

Kita amat bersimpati dengan kesukaran yang sedang dilalui oleh oleh sebilangan masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, bekerja sambilan atau harian. Sehubungan itu, KUIS akan melancarkan Tabung COVID-19 KUIS yang bertujuan mengumpul dana untuk meringankan bebanan masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jumlah terkini jangkitan COVID-19 seluruh dunia sehingga jam 10.21 am 27/3/2020 semakin meningkat iaitu 531,806 kes jangkitan dengan jumlah kematian seramai 24,073 yang mana USA merupakan negera tinggi diikuti oleh China dan Itali. Ayuh kita sama-sama membantu pihak KKM dan kerajaan Malaysia dengan STAY AT YOUR HOME.

InsyaAllah, kita akan lalu bersama dugaan ini dengan jaya, Mohon juga untuk kita solat hajat selepas Zohor hari ini 27/3/2020 dan berdoa agar wabak ini segera berakhir.

Terima kasih. STAY AT YOUR HOME

Ab. Halim Tamuri
Rektor KUIS
10.27 pagi, 27 Mac 2020
Bandar Baru Bangi