PELEKAT KENDERAAN KUIS TAHUN 2020

Berikut adalah syarat kelayakan dan kadar harga untuk pelekat kenderaan bagi kegunaan tahun 2020 seperti jadual di bawah:

Kategori Kelayakan Kereta Motosikal
Kereta Kolej / Pengurusan 1 keping Percuma -
Pegawai (Akademik / Pentadbiran) 4 keping RM 5 / Unit RM 5 / Unit
Pelajar / KUISCELL / Masjid 1 keping RM 5 / Unit RM 5 / Unit
Agensi (Vendor / KOKUIS) 1 keping RM 10 / Unit RM 10 / Unit

 

PELEKAT KERETA/MOTOSIKAL (PEGAWAI)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran pelekat kenderaan pegawai untuk tahun 2020 akan dibuka bermula pada 07hb. November 2019 sehingga 31hb. Disember 2019 (Selasa). Permohonan yang dihantar selepas tarikh yang ditetapkan di atas akan diproses pada bulan Januari 2020.

Selepas tarikh kuat kuasa pelekat bermula, permohonan pelekat akan dibuka sepanjang tahun 2020. Bagi pegawai yang masih belum mempunyai pelekat kenderaan 2019, permohonan masih dibuka untuk penggunaan sehingga Disember 2019.

Pengambilan Pelekat

: Bermula Januari 2020 

Hari/Masa Kaunter

: Isnin-Jumaat, 10:00 pagi-04:00 petang 

Tarikh Kuat kuasa Pelekat

: Bermula Februari 2020 

Pegawai boleh mengambil pelekat kenderaan di pejabat Bahagian Keselamatan KUIS dengan membawa kad pegawai sebagai rujukan. Hanya pemohon sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pelekat yang dibeli bagi mengelak kehilangan.

 

PELEKAT KERETA/MOTOSIKAL (PELAJAR / AGENSI)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran pelekat kenderaan pelajar untuk Sesi II 2019/2020 boleh dibuat mulai 07hb. November 2019 sehingga 31hb. Disember 2019 (Selasa). Permohonan yang dihantar selepas tarikh yang ditetapkan di atas akan diproses pada bulan Januari 2020.

Selepas tarikh kuat kuasa pelekat bermula, permohonan pelekat akan dibuka sepanjang tahun 2020. Bagi pelajar/agensi yang masih belum mempunyai pelekat kenderaan 2019, permohonan masih dibuka untuk penggunaan sehingga Disember 2019.

Pengambilan Pelekat

: Bermula Januari 2020 

Hari/Masa Kaunter

: Isnin-Jumaat, 10:00 pagi-04:00 petang 

Tarikh Kuat kuasa Pelekat

: Bermula Februari 2020 

Pelajar/Agensi boleh mengambil pelekat kenderaan di pejabat Bahagian Keselamatan KUIS dengan membawa kad pelajar/mykad/pasport sebagai rujukan. Hanya pemohon sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pelekat yang dibeli bagi mengelak kehilangan.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN PEGAWAI

  1. Pegawai hanya dibenarkan membawa kenderaan dengan geran yang sah.

  2. Seorang pegawai/pasangan dibenarkan mendaftar empat (4) kenderaan sahaja dan selebihnya atas budi bicara Ketua Bahagian Keselamatan (jika perlu).

  3. Setiap kenderaan untuk satu (1) borang berasingan beserta setiap dokumen sokongan.

  4. Pemohon dan pemilik pelekat mestilah orang yang sama bukan individu berbeza.

  5. Semasa membeli pelekat kenderaan pegawai dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/01/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pegawai.

  6. Pegawai pentadbiran/kuiscell/masjid akan diberikan pelekat kenderaan berwarna KUNING.

  7. Pegawai akademik akan diberikan pelekat kenderaan berwarna MERAH.

  8. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR

  1. Pelajar hanya dibenarkan membawa satu (1) kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Universiti.

  2. Hanya pelajar tahun akhir sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar pelekat kenderaan.

  3. Setiap permohonan hendaklah melalui fakulti dan diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM).

  4. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/02/PINDAAN-01/2020)/(BK/03/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pelajar

    • Geran asal atau salinan geran

    • Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, pemohon perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran asal kenderaan tersebut (disahkan oleh BPM)

  5. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna HIJAU.

  6. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN AGENSI

  1. Agensi hanya dibenarkan membawa kenderaan dengan geran yang sah.

  2. Seorang pemohon dibenarkan mendaftar satu (1) kenderaan sahaja dan selebihnya atas budi bicara Ketua Bahagian Keselamatan (jika perlu).

  3. Pemohon dan pemilik pelekat mestilah orang yang sama bukan individu berbeza.

  4. Setiap kenderaan untuk satu (1) borang beserta setiap dokumen sokongan.

  5. Semasa membeli pelekat kenderaan agensi dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/04/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pengenalan / Pasport

    • Geran asal atau salinan geran

  6. Agensi / Vendor / KOKUIS akan diberikan pelekat kenderaan berwarna BIRU.

  7. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.