ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Shah Alam, 21 Jun – Seksyen Pengurusan Zakat, Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) KUIS telah memenangi kempen insentif dalaman musim puncak Ramadan 2022 kategori IPT yang telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada bulan Ramadan yang lepas. Pusat Zakat KUIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar yang telah membayar Zakat di Kaunter Zakat KUIS sepanjang Ramadan 2022.

Tempat kedua dimenangai oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), diikuti Multimedia Universiti (MMU) di tempat ketiga, manakala tempat keempat dimenangi oleh Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Penyerahan hadiah kepada pemenang disampaikan oleh CEO LZS sempena Program Liqa’ 2022 yang telah diadakan di Wisma PKPS Shah Alam, program Liqa’ ini merupakan program tahunan LZS bagi mengumpulkan lebih 200 ejen kutipan zakat dibawah Jabatan Pengurusan Ejensi, Divisyen Kutipan, LZS.

Berita KUIS 2022