Objektif Bahagian
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) berperanan dan bertanggungjawab dalam merancang serta melaksanakan semua urusan berkaitan pelajar termasuk pembangunan sahsiah pelajar, kemahiran insaniah pelajar dan menjaga kebajikan pelajar.
Fungsi Bahagian
- Menawarkan perkhidmatan pelanggan yang berteraskan moto “BHEP MESRA SELALU”.
-
Menguruskan kebajikan, penajaan, disiplin, aktiviti, sukan & kokurikulum, usrah, mentoring dan pembinaan sahsiah pelajar melalui program-program dalaman dan luaran.
-
Menjana dan menyusun strategi untuk meningkatkan mutu pencapaian pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kerjaya.