Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selepas lengkap mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian.
Syarat-syarat Berhenti Pengajian
-
Permohonan berhenti pengajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Akademik.
-
Bayaran berhenti pengajian sebanyak RM100/jam kredit dan yuran penginapan akan dikenakan bermula minggu kedua (2) perkuliahan.
-
Pelajar boleh diberhentikan daripada Kolej Universiti apabila :
-
berhenti tanpa membuat permohonan mengikut keperluan Bahagian 10, Perkara 10.1; atau
-
dikenakan hukuman tatatertib mengikut keperluan Bahagian 18, Perkara 18.4; atau
-
gagal hadir ke kuliah atau kelas bagi kursus yang didaftarkan melebihi 20% tanpa memaklumkan kepada pensyarah yang mengajar; atau
-
pelajar yang melepasi tempoh maksimum pengajian mengikut keperluan Bahagian 7, Perkara 7.1; atau
-
pelajar yang memperolehi kurang daripada HPNG 2.00 pada mana-mana semester; atau
-
pelajar yang menangguh atau ditangguhkan pengajian melebihi had maksimum mengikut keperluan Bahagian 9, Perkara 9.1.3.
-
-
Permohonan Berhenti pengajian boleh dibuat dengan menggunakan Borang AKA 09 (Berhenti Pengajian) yang dikeluarkan oleh Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA.
-
Pelajar yang diberhentikan di bawah Perkara 10.2 (e) iaitu atas sebab prestasi akademik tidak mencapai tahap lulus, tidak dibenarkan memohon semula kecuali dengan kebenaran Dekan Fakulti.
-
Pelajar yang telah berhenti atau diberhentikan kecuali Perkara 10.2 (b), boleh memohon semula kemasukan tertakluk kepada kelulusan Kolej Universiti.