Polisi Pendaftaran Kursus
-
Pelajar mesti dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendaftar kursus yang diambil pada setiap semester secara online melalui MyLMS sebelum sesi pengajian bermula. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencetak dan memastikan ketepatan kursus yang didaftarkan pada slip pendaftaran kursus.
-
Sekiranya terdapat kesilapan, pelajar hendaklah melaporkan kepada Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, BPA sebelum atau selewatnya pada minggu ketujuh (7) perkuliahan untuk pembetulan.
-
Bagi pelajar-pelajar yang lompat semester dan melebihi semester dikehendaki mengisi Borang AKA 11 (Borang Pendaftaran Kursus) secara manual dengan mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan. Borang boleh diperolehi di Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik.
-
Mana-mana kursus yang mengambil masa lebih daripada satu (1) semester untuk mendapat penilaian akhir juga perlu didaftarkan sebelum sesi pengajian bermula.
-
Kursus yang boleh didaftar hanyalah kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan sahaja.
-
Pelajar wajib mendaftar dan lulus kursus Sistem Tarbiyyah Pelajar (STP). Mana-mana pelajar yang belum melengkapkan kursus STP perlu melengkapkannya sebelum dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
-
Pelajar perlu memenuhi keperluan mana-mana pra-syarat kursus sebelum dibenarkan mendaftar kursus berikutnya.
-
Semua pelajar dikehendaki mendaftar tidak kurang daripada 12 jam kredit termasuk kursus ulangan. Pendaftaran yang dibuat kurang daripada 12 jam kredit perlu mendapat kelulusan daripada Dekan.
-
Pelajar WAJIB menjelaskan yuran pengajian sebelum mendaftar kursus.
-
Semua pelajar dikehendaki mendaftar mengikut Struktur Program Pengajian akademik yang telah ditetapkan oleh Fakulti.
Pendaftaran Kursus Ulangan
-
Pelajar wajib menghadiri sebarang penilaian dan pembelajaran bagi Kursus Ulangan yang didaftarkan mengikut ketentuan bagi kursus tersebut.
-
Pelajar yang membuat pertukaran program dalam Fakulti yang sama dan kandungan kursus juga adalah sama, maka kursus yang gagal dalam program sebelumnya perlu diambil semula.
-
Pelajar yang membuat pertukaran program dalam Fakulti yang sama tetapi kandungan kursus yang berlainan, maka kursus yang gagal dalam program sebelumnya tidak perlu diambil tetapi mana-mana kursus dalam struktur program yang baru perlu diambil.
-
Petunjuk "REP" (Repeat) akan diberikan kepada kursus ulangan.
Pendaftaran Kursus Lewat
-
Pelajar yang lewat mendaftar kursus akan dikenakan denda oleh pihak Kolej Universiti.
-
Pendaftaran kursus selepas minggu pertama (1) perkuliahan adalah tidak dibenarkan.
-
Pelajar yang tidak mendaftar seperti klausa 5.2.7.2 akan DITANGGUHKAN PENGAJIAN secara automatik kecuali pelajar bukan warganegara akan DIBERHENTIKAN.