Piagam Pelanggan
Kami, kakitangan BMI beriltizam untuk memberi perkhidmatan mesra pelanggan, cekap, berbudi bahasa dan professional. Kami juga akan berusaha memberi nilai tambah dan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang disediakan.
Bahagian Pengurusan Insan beriltizam untuk :
-
Memastikan kakitangan yang dilantik akan menerima surat tawaran pelantikan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh pelantikan.
-
Memastikan semua rekod dan maklumat kakitangan adalah sulit dan persendirian.
-
Memastikan pengesahan dalam perkhidmatan dimaklumkan kepada kakitangan sebulan sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatan.
-
Memastikan surat-surat pengesahan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
-
Menyelesaikan pembayaran gaji kakitangan sebelum atau pada 26hb setiap bulan, kerja lebih masa serta tuntutan syarahan dan tutorial selewat-lewatnya 17hb setiap bulan.